TARIKH : 8, 9 & 10HB. OKTOBER 2009
Seramai 24 orang murid SKMB (8 orang Pengakap, 8 orang PPIM & 8 orang PBSM) telah menyertai perkhemahan unit beruniform PKG Kemasek yang telah diadakan di SK Kg. Baru Kerteh pada 8-10 Oktober 2009.
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PKG KEMASEK
MAJLIS RIMUP HARI RAYA SKMB 2009
MERIAH! MERIAH! MERIAH!
TARIKH : 5HB. OKTOBER 2009
HARI : ISNIN
Majlis RIMUP Hari Raya SKMB 2009 dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKMB, Encik Mohammed Bin Awang. Majlis dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu-lagu raya oleh murid-murid dari Tahun 1 hingga 6 dan murid-murid PPKIBP. Semua guru dan murid, kakitangan sekolah serta AJK PIBG disajikan dengan pelbagai juadah hari raya.
SEED MOney
3R TEAM
UPSR 2009
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR
(8 -10 HB.SEPTEMBER 2009)
KEPADA SEMUA MURID TAHUN 6 2009
Kami Mendoakan Kejayaan Anda
Program Gemilang Bersama Ibu Bapa & Murid Tahun 5 Dan 6
Tarikh : 16 Ogos 2009
Hari : Khamis
Penceramah : Encik Aziz Ibrahim (SMK Chukai Kemaman)
Keputusan Ujian Percubaan UPSR
Tahniah kepada semua murid tahun 6 yang telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam Ujian Percubaan UPSR 2009. Dalam Ujian Percubaan, 2 orang murid telah mendapat 5A iaitu Fatein Ameira Muhammad Chiew(5A) dan Wan Nur Aina Athierah Wan Ahmad (5A), Siti Khadijah Amran (4A 1B), CW Effa Shahirah CW Uzi(3A 2B), Muhammad Ankashah Che Azman (3A 2B) dan Nur Hanis Husna Baharuddin (3A 2B). Diharapkan mereka dapat meneruskan kecemerlangan dalam peperiksaan sebenar dan menjadi pendorong kepada murid lain untuk mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR 2009. Insya allah.
Tahniah SKMB!
SKMB telah menghantar 4 orang pemain ping pong ke Karnival, Klinik Dan Sirkit Permainan MSSM Kemaman 2009 pada 25hb.Julai 2009. Dalam Karnival tersebut Nur Syafiqah Najwa Bt Hassan (Tahun 5A) telah mendapat tempat ketiga, Mohd Zulkarkaim Abdullah (5A) dan Aishah Nazuha Mohd Khlani (5A) telah mendapat tempat keempat. Tahniah kepada semua pemain-pemain SKMB.
Ujian Percubaan UPSR / OTI 4
Tarikh : 28.7.2009 hingga 30.7.2009
(Selasa hingga Khamis)
Selamat Menjawab. Buat Yang Terbaik.
"Tiada Kejayaan Tanpa Usaha Gigih"
"Guru Bestari, Murid Cemerlang, SKMB Terbilang"
Perkhemahan Pengakap Daerah Kemaman
Tarikh : 23hb.Julai hingga 25hb.Julai 2009
SKMB telah menghantar peserta seramai 8 orang murid Tahun 4 dan 5 ke Perkhemahan Pengakap Daerah Kemaman.
SKMB BP Myscience Project 2009

Bermula dari bulan Februari hingga November.
Tujuan :Menggurangkan pembebasan karbon dioksida, penggunaan elektrik dan air,
mengurangkan pemanasan global dan menggalakkan kitar semula bahan terbuang
di kalangan warga sekolah.
Penaung :En. Mohammed bin Awang
Team Projek :Project Director (Pn. Noor Faizura),Carbon Minus Team (En. Md Ismail), Edible Garden(Pn. Hamidah),3R (Pn. Hjh.Eshah), Green Earth (Pn. Nor Azlina), Seed Money (Pn. Suzina),Documentation (Pn.Zuniyati) Web documentation (Cik Tn. Noralisah), and Expose Team (Pn. Jamaliah)
Murid Projek :Fatein Ameira, Nur Hanis Husna, Siti Khadijah dan Wan Nur Aina Athierah.
Lawatan Tahun 6 SKMB ke Kuala Terengganu
Seramai 36 orang murid Tahun 6 Amanah dan 6 Bestari SKMB bersama 5 orang guru pengiring iaitu En. Md Ismail, Pn.Azizah, Puan Norlia, Puan Suzina dan Puan Nor Atfina telah menyertai lawatan ke Kuala Terengganu pada hari Rabu 22hb Julai 2009.
Kem "Sure 5A" PKG Kemasek
Seramai 10 orang murid tahun 6A SKMB telah terpilih menyertai Kem Sure 5A PKG Kemasek di SK Kemasek pada 16-18 hb.Julai.2009. Mereka terdiri daripada Ahmad Kamal Adlan, Muhammad Ariff Fahmi, Muhammad Ankashah, Nik Danial, Syahmi Aiman, Fatein Ameira, Nor Izzati, Nur Hanis Husna, Siti Aishah dan Wan Nur Aina Athierah.
SK.MERAGA BERIS
Bahawa sekolah adalah sebagai sebuah institusi untuk memberi perubahan dalam mendidik diri individu bagi memperkembangkan secara menyeluruh terhadap peribadi, pengetahuan dan kemahiran agar dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. Sihat, patuh ajaran agama, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memenuhi cita-cita negara... Oleh itu setiap murid menpunyai peluang dan hak yang sama bagi mencapai perkembangan tersebut selaras dengan falsafah pendidikan negara....



