SK.MERAGA BERIS

Berilmu Untuk Beramal

Tahniah SKMB!

SKMB telah menghantar 4 orang pemain ping pong ke Karnival, Klinik Dan Sirkit Permainan MSSM Kemaman 2009 pada 25hb.Julai 2009. Dalam Karnival tersebut Nur Syafiqah Najwa Bt Hassan (Tahun 5A) telah mendapat tempat ketiga, Mohd Zulkarkaim Abdullah (5A) dan Aishah Nazuha Mohd Khlani (5A) telah mendapat tempat keempat. Tahniah kepada semua pemain-pemain SKMB.

Ujian Percubaan UPSR / OTI 4

Tarikh : 28.7.2009 hingga 30.7.2009
(Selasa hingga Khamis)
Selamat Menjawab. Buat Yang Terbaik.
"Tiada Kejayaan Tanpa Usaha Gigih"
"Guru Bestari, Murid Cemerlang, SKMB Terbilang"

Perkhemahan Pengakap Daerah Kemaman

Tarikh : 23hb.Julai hingga 25hb.Julai 2009
SKMB telah menghantar peserta seramai 8 orang murid Tahun 4 dan 5 ke Perkhemahan Pengakap Daerah Kemaman.

SKMB BP Myscience Project 2009


Bermula dari bulan Februari hingga November.
Tujuan :Menggurangkan pembebasan karbon dioksida, penggunaan elektrik dan air,
mengurangkan pemanasan global
dan menggalakkan kitar semula bahan terbuang
di kalangan warga sekolah.
Penaung :En. Mohammed bin Awang

Team Projek :Project Director (Pn. Noor Faizura),Carbon Minus Team (En. Md Ismail), Edible Garden(Pn. Hamidah),3R (Pn. Hjh.Eshah), Green Earth (Pn. Nor Azlina), Seed Money (Pn. Suzina),Documentation (Pn.Zuniyati) Web documentation (Cik Tn. Noralisah), and Expose Team (Pn. Jamaliah)

Murid Projek :Fatein Ameira, Nur Hanis Husna, Siti Khadijah dan Wan Nur Aina Athierah.



Lawatan Tahun 6 SKMB ke Kuala Terengganu

Seramai 36 orang murid Tahun 6 Amanah dan 6 Bestari SKMB bersama 5 orang guru pengiring iaitu En. Md Ismail, Pn.Azizah, Puan Norlia, Puan Suzina dan Puan Nor Atfina telah menyertai lawatan ke Kuala Terengganu pada hari Rabu 22hb Julai 2009.

Kem "Sure 5A" PKG Kemasek

Seramai 10 orang murid tahun 6A SKMB telah terpilih menyertai Kem Sure 5A PKG Kemasek di SK Kemasek pada 16-18 hb.Julai.2009. Mereka terdiri daripada Ahmad Kamal Adlan, Muhammad Ariff Fahmi, Muhammad Ankashah, Nik Danial, Syahmi Aiman, Fatein Ameira, Nor Izzati, Nur Hanis Husna, Siti Aishah dan Wan Nur Aina Athierah.

SK.MERAGA BERIS

Bahawa sekolah adalah sebagai sebuah institusi untuk memberi perubahan dalam mendidik diri individu bagi memperkembangkan secara menyeluruh terhadap peribadi, pengetahuan dan kemahiran agar dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. Sihat, patuh ajaran agama, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memenuhi cita-cita negara... Oleh itu setiap murid menpunyai peluang dan hak yang sama bagi mencapai perkembangan tersebut selaras dengan falsafah pendidikan negara....

About SKMB

SK Meraga Beris
24100 Kijal, Kemaman, Terengganu.

Followers