SK.MERAGA BERIS

Berilmu Untuk Beramal

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PKG KEMASEK

TARIKH : 8, 9 & 10HB. OKTOBER 2009

Seramai 24 orang murid SKMB (8 orang Pengakap, 8 orang PPIM & 8 orang PBSM) telah menyertai perkhemahan unit beruniform PKG Kemasek yang telah diadakan di SK Kg. Baru Kerteh pada 8-10 Oktober 2009.

MAJLIS RIMUP HARI RAYA SKMB 2009

MERIAH! MERIAH! MERIAH!

TARIKH : 5HB. OKTOBER 2009
HARI : ISNIN

Majlis RIMUP Hari Raya SKMB 2009 dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKMB, Encik Mohammed Bin Awang. Majlis dimeriahkan lagi dengan nyanyian lagu-lagu raya oleh murid-murid dari Tahun 1 hingga 6 dan murid-murid PPKIBP. Semua guru dan murid, kakitangan sekolah serta AJK PIBG disajikan dengan pelbagai juadah hari raya.

SEED MOney

Sebanyak RM51 berjaya ditambah ke akaun Seed Money hasil jualan bahan-bahan terbuang seperti surat khabar lama dan botol-botol plastik. Terima kasih dan tahniah kepada Puan Noor Faizura serta semua murid Tahun 6 yang berjaya mengumpulkan bahan-bahan tersebut daripada semua kelas.


3R TEAM

Kumpulan 3R Tahun 6 bertungkus lumus mengumpulkan suratkhabar lama, botol dan plastik daripada setiap kelas. Kesemua material tersebut akan dijual kepada pusat kitar semula.


Kumpulan 3R Proses mengumpul bahan terbuang



Amboi, rajinnya! Masukkan je ke dalam tong ni.



About SKMB

SK Meraga Beris
24100 Kijal, Kemaman, Terengganu.

Followers